Microsoft Halang Pelayar Web Lain Dalam Windows 8

Microosft halang penggunaaan pelayar web lain dalam versi Window 8 di namakan Windows 8 RT yang mana versi ini khusus untuk digunakan pada tablet yang dipasang dengan cip ARM. Tindakan Microsoft menghalang penggunaan pelayar web lain seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox dalam paparan Classic di Windows 8 RT mendapat respon negatif dari Mozilla Foundation dan pihak Google yang membina pelayar web Chrome, kedua mereka mengatakan Microsof mahu mendominasi pasaran pelayar web dengan cara tidak sihat. Mozilla mengatakan Microsoft melanggar peraturan pilihan pelayar web di tetapkan oleh European Commission.
Dari perspektif pengguna yang telah membeli berisi Windows 8 RT, kekurangan tidak dapat menggunakan pelayar web lain selain dari Internet Explorer menyebabkan mereka tidak ada pillihan lain selain terpaksa menggunakan pelayar IE juga untuk melayari internet, dalam pada itu juga risiko kemungkinan besar dijangkiti virus komputer amat tinggi sekali kerana kebanyakan virus yang merebak di internet dicipta untuk serasi menjangkiti mana-mana komputer melalui Internet Explorer walaupun apapun versinya. Niat Mozilla mahu meletak ikon Mozilla Firefox di paparan Metro dalam Windows 8 RT kini berkecai, begitu juga dengan Google.
Sumber:  Mozilla Organization, Windows 8 blog 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *